fbpx

Khalid Ali meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Arena bola sepak negara kehilangan seorang lagi legenda, Khalid Ali selepas bekas pemain kebangsaan itu menghembuskan nafas terakhirnya, hari ini.

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bekas pemain itu meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.

Difahamkan, Khalid meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar jam 3 petang tadi.

PROFIL: KHALID ALI

Nama: Abd Mohd Khalid Mohd Ali

Adik beradik: Anak kelima daripada sembilan beradik.

Skuad kebangsaan: 1977 hingga 1983.

Posisi: Bek kanan dan ditukarkan sebagai pemain tengah bertahan.

Aksi sulung: Piala Presiden Park 1977 di Seoul, Korea Selatan

Pasukan negeri: Selangor dan Kuala Lumpur

Khalid Ali ketika beraksi bersama Allahyarham Mokhtar Dahari

Jumlah gol Khalid di pusingan kelayakan Olimpik:

3 gol menentang Indonesia

2 gol menentang Filipina

1 gol menentang Korea Selatan


Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Sebelum ini, Khalid disahkan disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak Mac tahun lalu dan susulan itu, tahap kesihatannya mula merosot dan perlu menjalani rawatan berkala. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles