fbpx

SK St Paul terima 10 murid Perempuan

SEREMBAN: Selepas 125 tahun ditubuhkan, Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul di sini buat kali pertama kali dalam sejarahnya menerima murid perempuan bagi sesi 2024/25, hari ini.

Seramai 10 murid perempuan Tahun Satu memulakan sesi persekolahan mereka dan menjadi perintis di sekolah yang sebelum ini terdiri daripada murid lelaki sahaja.

Pengerusi Lembaga Pengurus SK St Paul, Dr Mahadevan Deva Tata berkata keputusan itu diambil ekoran trend penurunan pendaftaran pelajar baharu ke sekolah itu sejak lima tahun kebelakangan ini.

“Kebanyakan penduduk di sekitar kawasan ini kini adalah generasi tua yang mana mereka tiada anak kecil lagi.

Sepuluh murid perempuan pertama merupakan perintis kemasukan pelajar perempuan ke sekolah berusia 125 tahun itu

“Generasi muda pula tinggal di perumahan baharu dengan kemudahan sekolah yang lebih baik dan canggih. Jadi mereka tertumpu di sekolah sekitar Seremban 2,” katanya ditemui, hari ini.

Pihak pengurusan sekolah membuat persediaan seperti pengasingan tandas untuk menerima murid perempuan sejak dua bulan lalu selepas diluluskan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan.

“Seramai 10 murid perempuan sahaja yang masuk hari ini, namun saya difahamkan akan bertambah sehingga 20 murid dalam masa dua tiga hari lagi kerana ada yang sedang membuat permohonan pindah ke sekolah ini dari sekolah asal.

“Kami ada juga menerima permohonan untuk kemasukan ke Tahun Dua dan Tiga. Namun sebagai permulaan, kami hanya menerima murid Tahun Satu sahaja,” katanya.

Alumni SK St Paul, Noor Fadzli Shah Noor Hashim, 45, berkata, meskipun tidak dapat meneruskan tradisi kebanggaan ‘Paulian’, namun kebanyakan bekas murid terpaksa akur dengan keputusan itu. (Berita Harian Online)

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles