Bella Astillah fail cerai

KUALA LUMPUR: “Mereka tidak tahu apa-apa, sebab saya selalu bagi alasan bapa mereka kerja,” katanya.

Demikian kenyataan pelakon, Bella Astillah, 29, yang memfailkan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, kelmarin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi ditemani ibu Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir.

Kongsi lanjut mengenai anak-anak, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, anak-anaknya masih mentah untuk mengetahui apa yang terjadi.

“Mereka tidak tahu apa-apa, sebab saya selalu bagi alasan ayah kerja dan mereka hanya main telefon. Macam Ayden bersekolah di sekolah kebangsaan Cina, jadi tak dengar apa-apa berita.

“Saya pesan Aliff buat seperti biasa bila jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat.

“Belum masanya untuk cerita kepada anak-anak sebab mereka takkan faham situasi ini,” katanya kepada BH Online.

Bercakap soal harapan, Bella berkata dia harap berpisah secara baik dengan Aliff dan memperbaiki diri masing-masing ke arah kebaikan.

“Saya cuma berharap benda ini berlalu dengan cepat dan dapat menjalani hidup masing-masing. Semoga apa yang terjadi dapat perbaiki diri, ini juga pesanan untuk diri sendiri,” katanya.

Bella Astillah hadir di mahkamah ditemani adik Didi Astillah dan peguam  (Sumber gambar BuletinTV3My)

Sementara itu, mengulas mengapa dirinya nekad, Bella berkata, dia membuat keputusan demi kebaikan masing-masing.

“Apa yang buat saya jadi nekad ialah peluang demi peluang sudah diberikan. Bagaimanapun, Aliff tetap ayah kepada anak-anak saya.

“Saya bercakap mahu bercerai secara baik. Apa yang terjadi pastinya ada hikmah.

“Cinta semestinya harus memiliki, jadi saya sentiasa mendoakan yang baik untuk masing-masing,” katanya.

Sejak minggu lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Jumaat lalu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.

Sumber Harian Metro dilapor berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Menurutnya, pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Renteten insiden itu, Aliff dan Ruhainies dilapor berjanji memberi penjelasan lanjut berhubung kontroversi terbabit. Namun, sehingga hari ini, baik Aliff mahu pun Ruhainies, masing-masing belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi tercetus.

Ruhainies dan Aliff Aziz ditahan di kediaman milik Ruhainies Jumaat lalu

Sebelum ini, melalui hantaran Instagram Story (IGs), Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz mendakwa laporan dia ditahan anggota penguat kuasa JAWI ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.

Bagaimanapun, Aliff dilapor mengaku dirinya faham tanggapan yang timbul disebabkan apa yang berlaku menimbulkan syak wasangka yang boleh mendatangkan fitnah.

Aliff juga dilapor menafikan penjelasan yang bakal dibuat sebagai cuba menegakkan benang basah.

Sementara itu, Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dalam reaksi balas dilapor menjelaskan hubungannya dengan Aliff sekadar rakan artis dan mereka sedang menjalani penggambaran drama.

Ruhainies mendakwa berkawan dengan Aliff sejak lebih 10 tahun lalu dan mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat. Ruhainies juga dilapor meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Bella turut memegang watak dalam drama Jerat, dilapor menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama terbitan OrangeTree Production bagi tayangan platform penstriman, iQIYI itu. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles