fbpx

Guna nama dalam hidangan, Mbappe saman kedai kebab

PARIS: Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dilaporkan menyaman seorang pemilik kedai kebab kerana menggunakan namanya dalam salah satu hidangan.

Kedai milik pempengaruh, Mohamed Henni, menjual kebab yang digambarkan sebagai ‘dibuat dengan roti bulat, sebulat tengkorak Mbappe’.

Henni, yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram, memuat naik tangkap layar surat yang diterimanya daripada agensi Mbappe.

Surat berkenaan dihantar oleh peguam Mbappe, Delphine Verheyden mewakili firma yang menguruskan hak komersial pemain berkenaan, KMA.

Henni diarah mengeluarkan nama Mbappe daripada menu itu dalam tempoh lapan hari atau akan diheret ke mahkamah.

Ini menu yang menggunakan nama Kylian Mbappe

“Tak malukah? Tiada apa untuk dilakukan? Menyaman saya untuk perkara kecil begini. Sukar dipercayai.

“Saya terkejut pemain sehebat ini mempunyai masa untuk berfikir tentang saya. Dia menggunakan masa dan wangnya untuk menyerang saya. Saya tidak menyakiti sesiapa,” kata Henni.

Bekas pemain Perancis, Dimitri Payet turut mempunyai hidangan sempena namanya, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Sementara itu di atas padang, Mbappe kembali membarisi kesebelasan utama PSG dan menjaringkan gol ketika menewaskan Nice untuk mara ke suku akhir Piala Perancis. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles