fbpx

Masjid At-Taqwa raikan 22 mualaf

KEPALA BATAS – Sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba dalam masa beberapa hari lagi amat bermakna bagi 22 mualaf yang telah melafazkan dua kalimah syahadah tahun ini di Pulau Pinang.

Setelah bergelar saudara baharu, mereka bukan sahaja menjalani beberapa siri kursus fardu ain dan kifayah, malah telah diraikan oleh kariah Masjid At-Taqwa di Taman Bertam Indah dekat sini.

Yeong Oi Nee yang memilih nama baharu, Noraini, melafazkan syahadah yang dipimpin Ahmad Zaki Mohd. Akaib sambil disaksikan oleh Zolkifly Md. Lazim di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Bagi mereka, budaya meraikan golongan mualaf bukan sahaja sesuatu yang baharu, malah sebagai bukti bahawa Islam sentiasa mengambil berat kebajikan umatnya termasuk saudara baharu.

Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa, 22 mualaf itu telah diberi sumbangan sepasang pakaian baju Melayu bagi lelaki, sepasang baju kurung bagi wanita dan sumbangan duit raya.

Sumbangan dari kariah masjid itu melibatkan 18 mualaf lelaki dan empat mualaf wanita.

Lebih menarik, apabila jawatankuasa masjid berkenaan membawa 22 mualaf itu melawat aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid antaranya pusat haemodialisis, hostel penginapan untuk orang ramai, dobi 24 jam, kedai gunting rambut, kafe serta gerai makan dan beberapa aktiviti ekonomi lain di situ.

Pada masa sama, progam  meraikan para mualaf itu turut  melibatkan majlis lafaz syahadah seorang wanita.

Yeong Oi Nee, 46, melafazkan dua kalimah syahadah yang dipimpin oleh Imam Masjid At-Taqwa, Ahmad Zaki Mohd. Akaib sambil disaksikan Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (myIKUT), Zolkifly Md. Lazim dan para  jemaah masjid.

Pertubuhan bukan kerajaan, myIKUT bertanggungjawab dan berperanan membawa mualaf terbabit untuk melafazkan syahadah dengan kerjasama Masjid At-Taqwa.

Sementara itu, Oi Nee memberitahu, dia tertarik memeluk Islam setelah mendapat penerangan yang jelas dari seorang rakannya yang juga seorang mualaf.

“Saya dapat tahu, Islam agama kedaiaman dan sentiasa membela umatnya.

“Setelah lafaz syahadah, saya rasa tenang dan damai. Saya juga memilih nama baharu iaitu Noraini,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun.

Malah, kata Oi Nee, kehadirannya serta rakan-rakan mualaf lain di Masjid At-Taqwa begitu disenangi oleh kariah di situ termamsuk pada majlis berbuka puasa dan solat tarawih.

“Terima kasih sebab menerima kami sebagai tetamu baharu anda,” katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, Zolkifly memberitahu, myIKUT juga telah mengiatkan lagi kursus melalui program ‘Dakwah Jalanan’ yang dikhaskan untuk golongan mualaf.

“Kursus melibatkan fardu ain, kifayah, hukum-hakam, soal solat dan sebagainya, diadakan setiap minggu dalam bahasa Hokkien dan Mandarin yang dikendalikan secara sukarela oleh saudara mualaf yang memahami keperluaan mereka yang baharu sahaja bersyahadah.

“Kelas Dakwah Jalanan ini juga melibatkan soal jawab agama serta praktikal bagi membolehkan saudara baharu memahami agama Islam termasuk cara-cara solat,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles