fbpx

 13 suku kaum Murut syahadah beramai-ramai

KAJANG – Minat mendengar ceramah agama Islam mengenai kisah hidup para nabi serta hukum-hakam termasuk mengenai pahala dan dosa merupakan antara faktor yang membawa kepada 13 orang dari suku kaum Murut mengucap dua kalimah syahadah.

Mereka yang berusia 18 hingga 52 tahun itu terdiri daripada tiga remaja perempuan, tiga wanita dan tujuh lelaki.

Kesemua mereka melafazkan syahadah yang dipimpin oleh  Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT), Zolkifly Md. Lazim di sebuah rumah di Balakong dekat sini.

Bagi Francis, 26, dia gemar mendengar ceramah agama dari beberapa orang penceramah bebas hingga menjadikan hatinya begitu terpaut untuk memeluk Islam.

Francis kini memilih nama Mohamad setelah mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Sejak kebelakangan ini, saya gemar mengikuti ceramah agama termasuk melalui internet.

“Banyak persoalan timbul dalam hidup ini. Sehubungan itu saya yakin untuk bersyahadah.

“Saya juga telah memilih nama ‘Mohamad’ sebagai nama baharu saya,” katanya.

Bagi Jasery, 18, pula, dia memilih untuk mengucap dua kalimah syahadah setelah timbul beberapa persoalan dalam hidupnya.

JASERY

Menurutnya, sejak itu dia sering tercari-cari jawapan terhadap persoalan-persoalan yang timbul.

“Akhirnya saya mendapat semua jawapan yang dicari. Oleh itu, saya bersyahadah kerana yakin dengan Islam,” katanya.

Sementara itu, Zolkifly berkata, pihaknya akan mengusahakan untuk mendapatkan khidmat seorang guru agama bagi memberi penerangan lebih jelas kepada kesemua 13 orang yang bersyahadah itu.

ZOLKIFLY MD. LAZIM (kanan) memimpin syahadah yang diucapkan oleh Francis di Balakong, Kajang, Selangor

“Buat sementara ini, guru berkenaan akan mengadakan kelas agama seminggu sekali di tempat tinggal saudara-saudara baharu berkenaan.

“Kelas-kelas agama itu akan diperluaskan supaya saudara-saudara baharu berkenaan mendapat ilmu yang lebih jelas,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles