Christiano Ronaldo ‘tawan’ hati Raft Rangnick

PENGGENDALI baharu Manchester United, Ralf Rangnick yakin Christiano Ronaldo masih boleh dilabel sebagai tonggak utama skuad The Red Devils.

Dua gol yang diledakkan Ronaldo untuk merekodkan jaringan ke-800 dan 801 dalam kariernya ketika Manchester United menewaskan Arsenal 3-2 pada saingan Liga Perdana England pada 03 Disember 2021 sudah cukup untuk membuktikan kemampuannya.

Masih terlalu awal untuk bercakap tentang kehebatan Rangnick tetapi beliau boleh dianggap sebagai pengganti terbaik Ole Gunnar Solskjaer.

Carrick (kanan) mengambil alih sementara tempat Solskajer selaku pengurus Manchester United. 

Bekas pengurus Schalke, Hoffenheim dan RB Leipzing itu akan menggantikan tempat penggendali sementara, Michael Carrick yang mengumumkan persaraannya secara rasmi sebaik tamat perlawanan menentang Arsenal ini ketika sesi latihan pasukan pada Jumaat lalu.

Rangnick yang dilahirkan di Jerman sekadar duduk di bangku pengarah ketika pasukan barunya melakar kejayaan cemerlang membenam skuad The Gunners itu.

Tugas pertamanya sudah pasti memperbaiki kelemahan penjaga gol, David De Gea yang sekali lagi melakukan kesilapan mudah sehingga membolehkan Arsenal mudah membolosi gawang pasukan itu.

Arsenal mendahului selepas Emile Smith Rowe mudah menyumbat masuk bola ke arah gawang ketika penjaga gol kelahiran Sepanyol itu terbaring selepas ‘dikasari’ rakan sepasukan Fred.

Rakaman VAR mengesahkan bahawa jaringan pasukan pelawat adalah hasil kekeliruan yang berlaku dalam kejadian itu.

Selain De Gea yang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pemain Arsenal, Rangnick cukup bimbang tentang kualiti banteng pertahanan, Fred dan Scott McTominay yang buntu di posisi tengah selain Marcus Rashford yang tumpul di posisi serangan.

Rangnick (tengah) sekadar duduk di bangku pengarah ketika Manchester United menewaskan Arsenal 3-2.

Ronaldo yang bakal menjangkau usia 37 tahun pada Februari 2022 dijangka tidak akan diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam kebanyakkan perlawanan sehingga akhir musim ini,

Namun, persembahan cemerlang penyerang Portugal itu ketika skuad The Red Devils menewaskan Arsenal sudah cukup untuk melenyapkan keraguan Rangnick tentang kemampuannya terhadap pasukan.

Berdasarkan persembahannya yang cukup bertenaga untuk menkucar-kacirkan bentang pertahanan Arsenal itu, Rangnick dijangka tidak akan mengetepikan Ronaldo dalam kesebelasan utama pasukan tersebut.

Rangnick mungkin tidak berdepan masalah untuk menyenaraikan Ronaldo dalam skuad utama pasukan itu tetapi beliau juga perlu mengenal pasti pemain-pemain yang akan membantunya sehingga akhir musim ini.

Persembahan Ronaldo sedikit hambar ketika skuad The Red Devils seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge pada Ahad lalu yang menyebabkan dia diletakan di bangku simpanan oleh Carrick.

Situasi itu mencetuskan spekulasi bahawa bekas pemain Real Madrid dan Juventus tersebut tidak lagi terjamin dalam kesebelasan utama Mancehster United musim ini.

Meskipun ramai yang menganggap Ronaldo sudah sampai ke penghujung karier, dia beraksi dengan cemerlang ketika Manchester United menewaskan anak-anak buah Mikel Arteta.

Pada aksi tersebut, Smith Rowe meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-13 sebelum Miguel Bruno Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Ronaldo meletakkan United di depan pada minit ke-52 selepas menerima hantaran cantik daripada Rashford.

The Gunners kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Martin Odegaard kira-kira dua minit kedua sebelum Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk mengesahkan kemenangan The Red Devils pada minit ke-70.

Kemenangan itu menyaksikan United melonjak di tangga ketujuh liga, dua mata di bawah Arsenal tetapi ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

“Setiap kemenangan adalah penting. Ia sangat sukar buat kami. Hari ini kami mencatat kemenangan yang hebat. Kami berpuas hati kerana kami menewaskan Arsenal,” kata Fernandes.

Di bawah bimbingan Carrick, United melakar dua kemenangan dan seri sekali selepas mengambil alih tempat Solskjaer.

Menjelang pertemuan menentang Crystal Palace di Old Trafford hujung minggu ini, Ronaldo mempunyai masa selama 48 jam untuk cergas sepenuhnya.

Namun, Rangnick akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Ronaldo kembali cergas dan mengetuai perlawanan tersebut.

Dalam satu lagi perlawanan, Tottenham Hotspur tidak berdepan masalah untuk menewaskan Brentford 2-0 di White Hart Lane. – ESPN.COM

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles