Penyanyi yang juga peserta program nyanyian berprestij Gegar Vaganza 8 (GV8), Dato’ Fazley Yaakob mengakui tidak berkecil hati dengan komen pedas dan jujur pelayar Twitter mengenai cara nyanyiannya di pentas konsert GV8, pada malam Ahad, 5 Disember semalam.
Malah, pemilik sukasucrebistro itu mengucapkan terima kasih buat mereka yang sudi tweet mengenai dirinya.
“Ini sebahagian yang saya baca ok? Jangan risau saya dah sorokkan nama masing-masing. Alhamdulillah pujian itu rezeki, kejian pun rezeki, sebab nama saya disebut-sebut,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis pada entri Instagram miliknya malam tadi.
Setakat pukul 11 malam, sebanyak 192 komen ditinggalkan peminatnya. Rata-rata ramai yang memberikan komen membina berbanding yang mengutuk atau mengeji persembahannya pada GV8.
Mark.Westwood mengatakan, “Dato Fazley, I love the way you handle your haters.. #youreamazing
Fifie_hashim : “So proud of you, boleh gelak-gelak lagi baca komen netizen. InsyaAllah teruskan semangat dan jangan putus asa. Rezeki Allah yang beri,”.
Chumieeomey : “Tetap support @datofazleyyaakob, tiada manusia yang sempurna tapi kita boleh lihat dari sudut yang sempurna. Begitu juga dalam bidang nyanyian,”.
Tidak kurang juga ada dalam kalangan peminatnya turut mengagumi cara Fazley berhadapan dengan kecaman daripada netizen.
azie_ziela92 : “Kalau orang kecam aku cakap macam ini serius sedih..Tapi Dato boleh ketawa sambil baca tu. Terbaiklah Dato. Good Luck,”.
Seeheart_mart : “Saya bukan pengikut GV, But I do love your positive vibes. Keep it up Dato,”.
Debb_ednazulaikha : “Proud and respect with you,”.
Fazley sementara itu berjanji untuk berusaha memperbaiki vokal pada minggu keempat GV8 pada Ahad depan.
“Niat saya adalah untuk berusaha buat lebih baik setiap minggu selagi diberi peluang bertanding.
“Saya yakin ada sedikit peningkatan dari minggu pertama kan,”.
Bagi minggu keempat, Fazley akan membawa lagu Mahligai Syahdu dendangan Dato’ Hattan.