fbpx

Nora tampil anggun ketika mendaki

Pelakon jelita, Nora Danish, 39, nampak ceria dan gembira dengan aktiviti baru, masuk hutan. Menerusi perkongsian dalam laman sosial Instagram miliknya tiga hari lalu, Nora kelihatan anggun dengan sepersalinan pakaian sukan dalam rona coklat.

Wajah pelakon popular siri komedi Puteri itu kelihatan ceria dan daripada perkongsian terbabit, Nora mengakui itu merupakan pendakian pertamanya dan dilihat melakukan aktiviti itu bersama dua rakan wanita.

Lokasi pilihan Nora, Bukit Dinding di Wangsa Maju dengan ketinggian 291 meter. Dalam kapsyennya, “my first, definitely not my last…Wheres next?,”.

Kapsyen isteri Nedim ini sama seperti para pendaki lain yang kebiasaannya rasa menyesal ketika melangkah dan belum tiba di puncak tetapi apabila sudah selamat tiba di tapak permulaan, sudah mula merancang lokasi seterusnya. Itu lumrah dan dialami oleh mana-mana pendaki di luar sana. Ketika berjalan, memang penat tetapi bila sudah duduk berkumpul dengan rakan-rakan, tiba-tiba terpacul, “lepas ini ke mana?,”.

Isteri Nedim mengakui ini merupakan pengalaman pertamanya mendaki dan berhasrat untuk mendaki lagi. -Gambar Instagram Nora Danish

Tahniah Nora. Tim Kosmopolitan.my berharap satu hari kita dapat sama-sama ontrek menerusi Kelab Kembara Kosmopolitan.

Kosmopolitan.my kongsikan dengan anda info ringkas mengenai Bukit Dinding, iaitu antara bukit yang tertinggi di bandar raya Kuala Lumpur. Bagi yang pertama kali ingin ke sana, laluannya mudah kerana ia terletak bersebelahan dengan deretan gerai menjual air kelapa.

Para pendaki hanya melalui jalan berturap untuk sampai ke puncak yang mengambil masa kurang daripada satu jam. Selamat mendaki.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles