fbpx

Malaysia kekal bersuara isu antarabangsa

7 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan pandangan, bantahan atau pendirian berkecuali membabitkan pelbagai isu antarabangsa.

“Malaysia ialah sebuah negara yang sentiasa berpegang kepada prinsip keamanan antara pelbagai negara, maka kita kekal memilih penyelesaian secara aman bagi merungkai sebarang pertikaian berbanding beradu tenaga menerusi kekuatan ketenteraan.

“Justeru, Malaysia akan terus merintis dasar luar yang pragmatik, bebas, berprinsip dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, bersandarkan nilai keamanan, keadilan serta kesaksamaan.

“Kita akan terus menghormati kebebasan, kedaulatan dan integriti kawasan negara lain, selain mengamalkan prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, ” katanya pada ucaptama pelancaran Kerangka Dasar Luar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menambah, pendekatan itu akan tetap diambil, selari kedudukan Malaysia dalam menggalas tanggungjawab sebagai ahli keluarga dunia.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rakyat, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles