MOSCOW – Bekas rangkaian restoran makanan segera yang McDonald’s di Rusia berhadapan kekurangan bekalan kentang goreng berikutan hasil tuaian rendah dan diburukkan lagi dengan sekatan antarabangsa berhubung peperangan di Ukraine, lapor sebuah akhbar di sini hari ini.
McDonald’s pada Mei sebelum ini mengumumkan ia menarik keluar pelaburannya dari Rusia berikutan serangan ketenteraan Moscow terhadap Ukraine.
Susulan keputusan McDonald’s itu, seorang ahli perniagaan Rusia membeli operasi 850 rangkaian restoran tersebut sebelum menjenamakannya semula sebagai “Vkusno i Tochka” (”Lazat. Noktah”).
McDonald’s memasuki pasaran Rusia pada 1990 berikutan runtuhnya Kesatuan Soviet. Vkusno i Tochka menggunakan nama dan logo baharu mulai Jun susulan pengambilalihan kesemua operasi McDonald’s di Rusia tersebut.
Namun Vkusno i Torcha kurang bernasib baik kerana kurang sebulan beroperasi ia sudah berhadapan kekurangan kentang goreng yang dianggap bahan paling asas dan popular.
“Sejumlah restoran Vkusno i Tochka yang baru memulakan operasi, tidak akan menghidangkan kentang goreng,” lapor akhbar RBC yang memetik satu kenyataan akhbar.
Kekurangan bekalan kentang goreng itu dipercayai berikutan hasil tuaian yang rendah pada musim 2021 manakala usaha syarikat untuk mengimport terhalang oleh sekatan blok pro-Amerika Syarikat dan Eropah.
Operator baharu itu berhadap bekalan kentang goreng akan kembali dijual seawal Ogos susulan musim tuaian ketang pada tahun ini.
Pengeluar kentang goreng terbesar dunia, McCain pada Mac mengumumkan, syarikat dari negara Uncle Sam itu membatalkan hasrat membina kilang memproses kentang goreng di Rusia dan dalam masa sama menggantung kesemua produknya daripada memasuki pasaran Rusia. – Agensi