NEW DELHI – Sebuah kumpulan yang diketuai oleh ibu bapa pelajar perempuan bertindak membogelkan seorang guru wanita dan menyerangnya di Dinajpur Selatan, Bengal Barat, India baru-baru ini.
Tindakan itu dilakukan kerana guru tersebut memarahi seorang pelajar perempuan itu.
Pada mulanya, kumpulan yang diketuai oleh ibu bapa pelajar itu mengadakan protes di luar pejabat guru besar di sebuah sekolah di Bengal Barat.
Protes itu dilakukan kerana seorang guru wanita menampar pelajar itu kerana tidak menghadiri kelas pada hari sebelumnya.
Mereka kemudian didakwa memasuki sebuah bilik umum guru dan bertindak menyerang seorang guru wanita sebelum membogelkannya.
Kumpulan itu juga menggunakan bahasa lucah.
Sepasukan polis kemudian bergegas ke sekolah berkenaan selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.
Berikutan itu, polis menahan empat orang kerana menyerang guru tersebut. – Agensi