Tiga rentung kebakaran rumah 2 tingkat

SANDAKAN – Seorang lelaki dan dua wanita rentung dalam kebakaran di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30, rumah berkenaan musnah terbakar 90 peratus dengan dengan kesemua mangsa ditemui di bahagian ruang tamu di tingkat bawah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 malam sebelum sepasukan 18 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kebakaran sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian didapati sebuah rumah dua tingkat jenis kekal sedang terbakar dan usaha memadam segera dijalankan.

“Pada jam 11 malam, api berjaya dikawal sebelum pemeriksaan menemui tiga mangsa rentung di tingkat bawah, di bahagian ruang tamu rumah.

“Bagaimanapun, setakat ini identiti ketiga-tiga mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi pemadaman dihentikan sepenuhnya pada jam 1.21 tengah malam,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles