KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mendakwa seorang ahli perniagaan wanita terkenal berusia 50-an di Mahkamah Sesyen Jenayah Sepang, Selangor esok.
Jabatan Komunikasi SKMM, berkata wanita terbabit akan didakwa atas kesalahan melakukan penghantaran komunikasi sumbang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
“Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang.
“Ahli perniagaan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi,” katanya.
Beberapa bulan lalu, wanita itu menerusi laman web Youtube memuat naik sebuah lagu yang kemudian viral di media sosial.