Jepun buat kejutan besar ke atas Jerman

PIALA Dunia terus merekodkan kejutan apabila skuad kendalian Hajime Moriyasu menumbangkan juara empat kali, Jerman dengan keputusan 2-1 dalam aksi kumpulan E yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan Jerman seakan-akan mudah meratah Jepun dengan banyak menguasai bola dan melakukan serangan berbahaya.

Jerman mendahului aksi babak pertama apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-33 selepas penjaga gol, Shuichi Gonda mengasari David Raum.

Ilkay Gundogan tidak menghadapi masalah untuk meletakkan Jerman 1-0 di hadapan.

Bagaimanapun, pada aksi babak kedua, Jepun mempamerkan kebangkitan luar biasa dengan persembahan yang lebih mantap.

Usaha mereka berhasil apabila pemain gantian Ritsu Doan mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke 75.

Belum sempat Jerman memperkemaskan strategi, Takuma Asano berjaya membawa bola dan merembat kencang untuk menewaskan Manuel Neuer pada minit ke 83 sekaligus meletakkan Jepun di hadapan dengan keputusan 2-1, dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini merupakan kejutan kedua dalam edisi Piala Dunia kali ini selepas Arab Saudi menewaskan Argentina semalam dengan keputusan 2-1.

Sebelum perlawanan itu, Naib juara Piala Dunia 2018, Croatia sekadar seri tanpa jaringan berdepan Maghribi di Stadium Al Bayt.

Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F itu, tidak banyak percubaan berbahaya di depan pintu gol kedua-dua pasukan sekali gus menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan ketiga dalam sembilan perlawanan di Qatar 2022 setakat ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles