Ribut: Lebih 60 premis rosak di Johor Bahru, Iskandar Puteri

JOHOR BAHRU – Lebih 60 premis kediaman rosak dalam kejadian ribut, angin kencang dan hujan lebat di kawasan Johor Bahru dan Iskandar Puteri, di sini, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata ia membabitkan 20 buah rumah di Kampung Pasir, 21 unit rumah di Taman Tun Aminah dan 19 unit flat Pekaka di Perling.

Katanya, kebanyakan premis rosak di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.

“Banyak premis yang mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat ribut dan hujan lebat kira-kira jam 3.30 petang tadi (semalam).

“Di Batu 3, Kampung Pasir, di sini pun ada sebuah pusat jualan kereta, yang mana bumbungnya terbuka habis. Kita akan lihat sama ada mereka ada kelulusan permit sementara. Kalau ada permit sementara, insurans boleh lindungi kerosakan itu, tetapi jika tiada kita (kerajaan negeri) akan lihat apa yang boleh dibantu.

Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru antara kawasan yang terjejas ribut petang semalam.

“Penduduk yang terjejas perlu membuat laporan polis dan menyenaraikan segala kerosakan yang dialami sebelum merujuk kepada ketua kampung serta penghulu bagi tindakan lanjut.

“Akan ada mesyuarat di peringkat bencana daerah untuk melihat kos yang terbabit,” lapor BH Online.

Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri juga akan membantu penduduk terjejas menerusi tabung bencana negeri.

“Bagi rumah flat, mungkin boleh guna tabung bencana untuk baiki kerosakan segera. Biasanya di peringkat Pegawai Daerah, boleh gunakan tabung itu juga,” katanya.

Selain itu, katanya, Skuad Kilat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bertindak pantas membantu membersihkan rumah penduduk.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles