Ronaldo terima hadiah Rolls-Royce

LONDON – Cristiano Ronaldo menerima sebuah kereta Rolls-Royce serba baharu sempena Krismas yang dihadiahkan pasangannya, Georgina Rodriguez, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kereta mewah berharga kira-kira £300,000 (RM1.6 juta) itu diparkir di sebuah taman sebelum Rodriguez, 28, mendedahkan hadiah itu di hadapan anak-anak mereka.

Bintang bola sepak Portugal itu itu terkejut menerima kenderaan tersebut dengan pada pagi Krismas lalu, namun wajah kegembiraan terpancar di wajahnya.

Kereta tersebut turut dihias dengan reben merah terang sebagai hadiah kepada Ronaldo, 37, yang pernah memenangi anugerah pemain bola sepak terbaik Ballon d’Or sebanyak lima kali.

Ronaldo berharap kegembiraan pada perayaan Krismas kali ini dapat dibawa ke Tahun Baharu 2023 yang mana dia akan mencari kelab baharu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan. – Agensi 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles