Nas Ahmad diuji penyakit jantung

NAS Ahmad kini berdepan ujian kesihatan apabila dilaporkan menghidap penyakit jantung dan memerlukan lebih RM30,000 untuk kos pembedahan.

Kisah bekas wartawan penyiaran program hiburan popular, Melodi, yang nama sebenarnya, Mohd Nasir Ahmad dikongsikan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Fedtri Yahya menerusi ciapan di Twitter.

“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” tulis Fedtri berserta sekeping foto yang memaparkan wajah terkini Nas yang kelihatan pucat dan cengkung di Hospital Serdang.

Bagaimanapun, Fedtri tidak menulis butiran terperinci keadaan terkini Nas yang turut dikenali sebagai Abang Rambut Ketak dan Abang Nas Terjah sempena nama segmen kendaliannya dalam program Melodi.

Menerusi Facebook Artis Malaysia dilaporkan Nas berkata: “Dalam Melodi saya keluarkan cerita mengenai artis sakit dan dapatkan sumbangan. Itu rezeki dia. Sekarang masa saya pula. Jadi saya serahkan kepada rezeki.

“Dulu saya bekerja tapi sekarang tak lagi. Kalau orang berada memang tiada masalah tapi kalau macam kita ini memang kena usaha. Saya tak rasa kecil hati kalau tak dapat dan tak rasa sombong juga kalau dapat banyak sumbangan.

“Saya kena usaha. Tengok pihak mana yang membantu. Insya-Allah, ini soal rezeki. Kalau ada rezeki saya, adalah. Selain itu ada juga dapat respon daripada beberapa pertubuhan nak bantu,” katanya.

Difahamkan, Nas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan penyakit jantung pada Januari lalu, kemudiannya dimasukkan ke Hospital Serdang, minggu lalu.

Bagaimanapun, Nas dibenarkan keluar hospital, dua hari lalu dan kini berehat di rumah.

Selepas meninggalkan TV3, Nas mewujudkan saluran YouTube yang dinamakan Nas Ahmad Terjah.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles