KAHERAH – Sebuah makam diraja purba dipercayai sejak zaman Thutmosid, Dinasti ke-18 ditemukan di Wadis Barat, Necropolis Theban di tebing barat Sungai Nil di bandar Luxor di selatan Mesir, kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.
Menurut laporan Xinhua, makam itu ditemui dalam misi arkeologi bersama Mesir-British terletak di Lembah C, salah satu lembah gunung Theban.
Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir berkata, Mostafa Waziri berkata, bukti awal yang ditemukan dalam tanah perkuburan setakat ini menunjukkan bahawa ia mungkin bermula sejak zaman Thutmosid, Dinasti ke-18.
Dinasti ke-18 yang memerintah Mesir Purba dari 1550 SM hingga 1292 SM, juga dikenali sebagai Dinasti Thutmosid.
Bagaimanapun, kubur yang ditemukan berada dalam keadaan teruk akibat banjir.
Beliau menjelaskan bahawa banjir telah menutup ruang makam dengan pasir tebal dan batu kapur yang melenyapkan banyak ciri dan inskripsinya.