Puteri Sarah berjaya mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar, keluarga

KUALA LUMPUR – Pelakon, Puteri Sarah hari ini berjaya memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) terhadap madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarga.

Susulan itu isteri kedua pengarah filem Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital tersebut pada 31 Januari lalu.

Dalam prosiding secara dalam talian hari ini, kebenaran tersebut diberikan oleh Hakim Norakhmar Mohd. Sani

Prosiding itu disertai oleh peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader yang dibantu oleh peguam-peguam, Ummi Kartini Abd. Latiff dan Faradina Abu Bakar.

Menurut Akberdin, selepas memperolehi kebenaran tersebut, pihaknya perlu menyerahkan sesalinan permohonan komital itu kepada Ira, Kazar dan Yasmin.

“Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk pihak sana menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan,” katanya lagi.

Pada Jun 2022, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira selepas anak pelakon veteran itu mengganggu rumah tangganya.

Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Sarah Liyana dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk Syamsul.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Sarah Liyana, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan isteri pertama Syamsul itu.

Pada 16 Januari lalu, Sarah Liyana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah di sini atas alasan dia tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri dengan suaminya, Syamsul kerana sudah tidak ada persefahaman di antara mereka dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Selain itu, ibu kepada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga dan hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian tersebut.

Pasangan itu berkahwinan pada 8 Mac 2014 di Masjid Al- Mukarramah, Bandar Sri Damansara dekat sini.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles