Wanita mengaku tidak bersalah atas tuduhan lakukan amang seksual terhadap 2 anak

Tertuduh tengah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksul terhadap dua anak lelakinya

Klang: Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya pada November tahun lalu.

Wanita berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Mengikut tiga pertuduhan, wanita lima anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya berusia 14 dan 12 tahun ketika kejadian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Puncak Alam, kira-kira 8 malam November 2022.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga hukuman sebat.

Dalam pada itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun ketika kejadian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hotel di Sungai Buloh pada 2 pagi, Februari 2022.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur ‘Ayuni Jamri dan Nurul ‘Izzati Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan mangsa adalah kanak-kanak dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula ditetapkan pada 26 Jun depan.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang penarik kereta, 22, yang juga kenalan wanita berkenaan didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan, 15.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di hotel di Sungai Buloh kira-kira 2 pagi, Februari 2022.

Hakim membenarkan jaminan RM15,000 dengan tertuduh perlu melaporkan diri ke Balai Polis pada setiap bulan dan tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Jun depan. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles