fbpx

Malaysia ‘baham’ Kemboja

6 DIS: Skuad Harimau Malaya bermula garang dengan membenam Kemboja 3-1 dalam aksi sulung Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020di Stadium Bishan hari ini.

Dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu memberikan tekanan kepada Kemboja menerusi beberapa percubaan berbahaya.

Gol yang ditunggu-tunggu Harimau Malaya akhirnya tiba pada minit ke-22 selepas Harimau Malaya mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Safawi Rashid.

Sepakan penalti itu berpunca selepas pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid dikasari pertahanan Kemboja, Ken Chansopheak dalam kawasan penalti.

Tersentak dengan gol tersebut, Kemboja yang dibimbing legenda Jepun, Keisuke Honda memperkemaskan jentera serangan sehingga berjaya memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Namun, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat lebih tangkas menafikan percubaan daripada Sieng Chanthea, Sos Suhana dan sepakan sudut Lim Pisoth yang hampir menerjah gawang Harimau Malaya.

Bersambung babak kedua, Kemboja tampak bermula garang memburu gol penyamaan, namun Harimau Malaya terus menekan lawan dengan gol kedua menerusi jaringan Akhyar pada pada minit ke-60.

Seolah-olah tidak berpuas hati dengan dua gol, Cheng Hoe melakukan beberapa pertukaran apabila memasukkan Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, Arif Aiman Hanapi dan R Kogileswaran pada pertengahan babak kedua.

Gol kedua negara hadir pada minit ke-60 apabila keghairahan Kemboja menyerang dihukum dengan serangan balas pantas yang disudahkan Akhyar dengan satu rembatan leret selepas bijak ‘mempermainkan’ dua pertahanan Kemboja.

Gol ketiga tercipta apabila R Kogileswaran menyambut hantaran Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-79 sekali gus memastikan Malaysia selesa di kedudukan 3-0.

Namun, hasrat Khairul Fahmi untuk tidak dibolosi pada perlawanan itu tidak kesampaian apabila Kemboja dihadiahkan sepakan penalti berikutan kekasaran ‘kontroversi’ yang dilakukannya terhadap Sath Rosib yang berjaya menyumbat gol sagu hati kemboja.

Selepas ini, skuad negara akan meneruskan pemburuan tiga mata berdepan pasukan di ranking ke-185, Laos di venue sama, Khamis ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles