fbpx

Honda City Hatchback dilancar di Malaysia

7 DIS: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang boleh ditempah mulai Januari ini.

Model pengganti kepada Honda Jazz GK ditawarkan dengan pilihan tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V.

Honda City Hatchback dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM75,670 bagi varian asas 1.5 S, diikuti varian pertengahan 1.5 E dari RM83,060 dan varian tertinggi 1.5 V pula bermula RM87,860.

Secara ringkasnya, model ini adalah City sedan yang dihasilkan tanpa but belakang, justeru varian City Hatchback yang ditawarkan di Malaysia hampir sama dengan model sedan merangkumi tiga varian dengan enjin petrol 1.5 liter.

Bagi semua varian dengan enjin petrol penuh, ia dijana dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC berkuasa 121 PS dan tork puncak 145 Nm, namun ia masih dibekalkan dengan kotak gear CVT automatik bagi memacu roda hadapan.

Bagi peminat hibrid, varian City Hatchback terbabit yang dijangka tampil dengan tahap kemasan paling sporty iaitu e:HEV RS akan diperkenalkan awal tahun depan.

Semua varian City Hatchback didatangkan dengan perlindungan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan bersama lima servis dengan kos buruh percuma.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles