fbpx

Pelarian Rohingya saman Facebook AS$150 bilion

7 DIS: Facebook disaman pelarian Rohingya sebanyak AS$150 bilion (RM634.21 bilion) atas dakwaan gagal membendung ucapan berunsur kebencian di platform media sosial itu.

Saman itu difailkan di sebuah mahkamah di California semalam, yang mendakwa algoritma yang memberi kuasa kepada syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mempromosi maklumat yang salah dan pemikiran ekstremis sehingga memburukkan lagi keganasan terhadap kumpulan minoriti itu.

Pelarian Rohingya kebanyakannya beragama Islam berdepan diskriminasi yang teruk di Myanmar, mereka dipandang hina sebagai penceroboh walaupun sudah tinggal di negara itu selama beberapa generasi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai selain ratusan ribu rakyat Rohingya dihalau merentasi sempadan ke Bangladesh pada 2017 dan terpaksa tinggal di kem pelarian yang besar.

Mereka yang kekal di Myanmar pula tidak diberikan kewarganegaraan dan berdepan keganasan serta diskriminasi oleh junta tentera yang memerintah.

Hujah bagi saman itu menyatakan, algoritma Facebook mendorong pengguna untuk menyertai kumpulan yang lebih ekstrem, satu situasi yang ‘terbuka kepada eksploitasi oleh ahli politik dan rejim autokratik’.

Kumpulan hak asasi manusia sudah sekian lama menuduh Facebook tidak melakukan yang secukupnya untuk menghalang penyebaran maklumat salah termasuk secara dalam talian.

Pengkritik mendakwa, walaupun sudah dimaklumkan mengenai ucapan berunsur kebencian di platformnya, syarikat itu gagal bertindak sewajarnya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles