fbpx

Malaysia belasah Laos, Safawi ledak hatrik

9 DIS: Safawi Rasid menjadi hero Malaysia apabila meledak hatrik dalam pertemuan menentang Laos pada aksi kedua Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura.

Harimau Malaya meraih kemenangan besar 4-0 apabila seawal minit ketujuh Safawi meledak gol pertama selepas menyudahkan hantaran Arif Aiman Hanapi.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terus mencetak nama selaku penjaring apabila menyumbang gol kedua pada minit ke-34.

Pada minit ke-78, tonggak pertahanan, Shahrul Saad meledak gol ketiga, sebelum Safawi melengkapkan hatrik dengan meledak gol keempat pasukan negara, dua minit kemudian.

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe melakukan rombakan di bahagian serangan apabila merehatkan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula yang menyaksikan Luqman Hakim Shamsudin bertindak selaku penggempur utama Harimau Malaya.

Menurunkan keseluruhan muka tempatan dalam kesebelasan utama, percaturan Cheng Hoe itu ternyata membuahkan hasil.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya kekal di kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pertama Kumpulan B, Isnin lalu.

Seterusnya, anak buah Cheng Hoe akan mengharungi perlawanan sukar berdepan juara bertahan, Vietnam, Ahad ini dan aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia, 19 Disember ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles