fbpx

AS lulus Akta Pencegahan Buruh Paksa Uighur

9 DIS: Dewan Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang menyekat import produk dihasilkan oleh buruh paksa dari China sebagai usaha menamatkan penindasan terhadap etnik Uighur di wilayah Xinjiang.

Ia berikutan layanan buruk China kepada minoriti lain di negara itu, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Beijing.

Ahli Kongres melakukan undian 428-1 untuk meluluskan ‘Akta Pencegahan Buruh Paksa Uighur’, yang memerlukan syarikat mengemukakan ‘bukti jelas dan meyakinkan’ bahawa barangan yang diimport tidak dibuat menggunakan buruh paksa.

“Di Xinjiang, di seluruh China, berjuta-juta orang berdepan pencabulan hak asasi manusia yang keterlaluan.

“Ini termasuk pengawasan besar-besaran dan disiplin kepolisan kepada penyeksaan besar-besaran termasuk dikurung bersendirian dan pemandulan paksa selain ugutan terhadap wartawan serta aktivis yang berani mendedahkan kebenaran.

“Malah, eksploitasi buruh paksa oleh kerajaan China ini menyeberang lautan hingga ke pantai kita dan ke seluruh dunia,” kata Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi kepada anggota Kongres sebelum pengundian berlangsung.

Rang undang-undang itu perlu ditandatangani oleh Presiden AS, Joe Biden, sebelum menjadi undang-undang dan tidak dipastikan sama ada ia mendapat sokongan Rumah Putih.

Undian itu dibuat sejurus selepas Rumah Putih mengumumkan boikot diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Keputusan yang dibuat sebagai bantahan terhadap ‘pembunuhan beramai-ramai’ China terhadap minoriti Uighur dan pencabulan hak asasi manusia lain itu mendapat bantahan keras Beijing.

Berhubung layanan Beijing terhadap Uighur, awal musim panas ini kerajaan AS mengenakan sekatan yang sama ke atas beberapa barangan import China termasuk bahan panel solar.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles