fbpx

MEDAC gesa pengeluaran sijil halal dipercepatkan

KUALA SELANGOR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mahu agensi yang terlibat dalam mengeluarkan sijil halal agar mempercepatkan prosesnya bagi membantu para usahawan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau secara peribadi kerap menerima aduan mengenai sijil halal lambat dikeluarkan malah ada yang terpaksa menunggu hingga setahun sedangkan permohonan mereka sudah lulus.

Syarikat Aducktive Food Sdn. Bhd. merupakan syarikat PMKS yang dibimbing pihak MEDAC.

Katanya, pelbagai program halal diperkenalkan MEDAC di bawah Program Pembangunan Keusahawanan Halal seperti Halal Technology Transformation Programme namun kelewatan mendapatkan sijil halal membantutkan syarikat untuk berkembang maju.

“Sijil halal bukan main susah hendak dapat. Usahawan minta tolong sijil halal lima hingga enam bulan tidak dapat lagi.

“Kelulusan sudah ada tetapi sijil tidak dapat lagi. Saya tidak mahu tuduh mana-mana agensi tetapi saya hendak minta sijil halal dipercepatkan. Kita mahu bantu usahawan tetapi mengapa lambat,” katanya ketika berucap merasmikan kilang syarikat Aducktive Food Sdn. Bhd. di Kota Puteri, Ijok di sini hari ini.

Aducktive Food merupakan salah satu syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dibimbing MEDAC di bawah Halal Technology Transformation Programme yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia.

Syarikat tersebut terlibat dalam pengeluaran produk kudapan yang diperbuat daripada kepingan emping jagung bersalut pelbagai perisa.

Produk berasaskan emping jagung berperisa ini semakin digemari ramai.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles