fbpx

Gadis OKU hilang, keluarga mohon bantuan orang ramai

10 DIS : Seorang wanita merayu bantuan daripada orang ramai bagi mencari adiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam.

Ani merupakan gadis OKU yang mempunyai masalah mental dan SLE.

Roslidiwati Borhanudin, 33, berkata, adiknya, Johani Borhanudin, 26, yang mesra dipanggil Ani keluar bersama ibu untuk membuat rawatan susulan di HKL namun dia hilang daripada pandangan ketika sedang membuang sampah.

Menurutnya, sebelum ke hospital, adik keempat daripada enam beradik yang merupakan pemegang kad OKU mental itu mengamuk di rumah di Pelangi Damansara, Petaling Jaya dan dia yang berasa tidak sedap hati kerap menghubungi ibunya untuk memastikan mereka berdua dalam keadaan baik.

“Emak beritahu Ani tidak mahu duduk dekat ketika sedang menunggu untuk mengambil ubat. Dia mahu duduk jauh-jauh dan emak biarkan sahaja tetapi emak masih tengok-tengokkan dia dari jauh.

“Emak nampak dia buang sampah bekas makanan ke dalam tong sampah dan ketika menoleh sekali lagi, dia sudah tiada. Emak terus hubungi kami adik-beradik minta segera datang ke HKL untuk mencarinya tetapi sehingga hari ini tidak jumpa,” katanya hari ini.

Ani merupakan pemegang kad OKU dan dilaporkan hilang ketika membuang sampah makanan di HKL semalam.

Menurut Roslidiwati, mereka sekeluarga bimbangkan keselamatan Ani memandangkan dia tidak membawa sebarang pengenalan diri, wang mahupun telefon bimbit.

Tambahan pula mereka bimbang Ani kelaparan selain keselamatannya sebagai seorang wanita.

“Kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya selain membuat aduan di HKL sendiri.

“Sehingga tengah hari ini, kami belum menerima apa-apa maklumat mengenai Ani. Perkongsian mengenainya yang dibuat di Facebook sejak semalam juga tidak mendatangkan sebarang hasil,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia memohon bantuan orang ramai untuk menghubunginya di talian 018-313 9808 sekiranya ada menemui Ani.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles