fbpx

RM13.6 juta kutipan saman dalam tempoh 24 jam

10 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh bayaran saman kira-kira RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam selepas pelaksanaan tawaran diskaun saman sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jumlah tersebut melibatkan jumlah pembayaran saman sebanyak 287,500 di semua saluran termasuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kaunter trafik seluruh negara.

“Sejumlah 74,312 saman membabitkan nilai RM3.4 juta pula berjaya dikutip melalui aplikasi dan portal MyBayar Saman.

“Walaupun, kaunter pembayaran saman di KLCC sudah ditutup, namun orang ramai boleh membayar saman di kaunter trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang,” katanya pada sidang akhbar di KLCC hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi Mybayar Saman untuk membayar tunggakan saman secara dalam talian.

Meskipun berlaku masalah akses untuk bayaran dalam talian terutamanya pada waktu puncak, beliau menasihatkan orang ramai untuk bersabar dan terus menggunakan aplikasi itu sebagai alternatif pembayaran.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles