fbpx

JPJ lanjut diskaun saman 80% hingga 15 Dis

11 DIS: Berita baik bagi mereka yang masih belum bayar saman.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh tawaran diskaun saman 80 peratus sehingga Rabu ini yang sepatutnya berakhir esok. 

“Pembayaran tanpa tunai (cashless) adalah sangat digalakkan di semua kaunter JPJ negeri serta cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Namun, ia masih tertakluk kepada arahan Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri serta terma dan syarat,” umum JPJ ini.

Penawaran kadar kompaun 80 peratus diberikan bermula 9 hingga 12 Disember ini bersempena Pameran 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 

Tawaran diskaun itu diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang disenaraikan dalam Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003, kecuali kes dalam perbicaraan mahkamah, berstatus waran tangkap dan masih dalam tindakan senarai hitam.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles