fbpx

Tip membawa anak mendaki bukit.

Minat mendaki dan cintai alam sekitar harus dipupuk dari usia muda supaya kecergasan dibina dari awal. Namun, untuk membawa kanak-kanak memasuki hutan bagi tujuan hiking/mendaki, ibu bapa harus bersedia terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan masalah sepanjang pendakian.

Kami kongsikan beberapa tip berguna untuk anda yang ingin membawa anak-anak mendaki buat kali pertama.

1. Kenali kemampuan anak.

Paling penting kita tahu kemampuan anak kita. Sihat tubuh badan dan tiada sakit kronik yang boleh memudaratkan sepanjang aktiviti riadah.

2. Kenal pasti lokasi.

Lokasi memainkan peranan penting dalam memupuk minat anak-anak. Pastikan lokasi pertama itu menarik. Sebagai contoh ada habuan seperti sungai yang boleh anak-anak terjun selepas itu. Sebagai contoh Air Terjun Sofea Jane, Kemensah, Bukit Wawasan, Puchong dan Bukit Batu Putih, Port Dickson yang turun-turun saja ada laut sedang menunggu. Jika pengalaman pertama menarik, pasti anak mahu ikut lagi selepas itu.

3. Berpakaian sesuai.

Pakaikan anak-anak baju jenis dryfit yang lebih sejuk dan mudah kering. Kasut dan seluar perlu bersesuaian untuk riadah.

4. Makanan dan minuman.

Bawa makanan dan minuman. Lebih tidak mengapa kerana anak-anak akan makan banyak dari kebiasaannya. Walaupun bukit yang dinaiki tidak tinggi, bawa juga makanan. Kita tak mahu ‘cranky kid’ dalam hutan. Paling mudah goreng nuggets dan hot dog.

5. Sediakan bag setiap anak.

Persiapkan mereka beg seorang satu dan letak air serta snek setiap bag . Jangan sama sekali bawa satu Tiada istilah bawa satu botol air untuk dikongsi beramai-ramai.

6. Baby carrier.

Baby carier untuk anak bawah 3 tahun, amatlah digalakkan. Jika mampu, beli outdoor toddler carrier. Ini kerana kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah mudah terlelap.

7. Mosquito reppelent

Dalam hutan atau padang atau mana saja tempat di Malaysia ini banyak nyamuk. Tak dinafikan. Jadi, sediakan mosquito repellent untuk melindungi anak anda.

8. Wet tissue/ubat/first aid kit.

Penting untuk lap anak-anak kalau kotor atau tiba-tiba ingin membuang air dalam hutan. First aid kit tidak bermakna perlu bawa sekotak besar. Bawalah minyak-minyak angin yang biasa dipakaikan pada anak. Kadang-kadang kena gigit nyamuk seekor pun, moody dia sampai balik rumah.

9. Jangan marah anak.

Bersorak untuk anak. Jangan marah kerana kanak-kanak akan ada waktunya dia tak mahu jalan. Kita bagi semangat. Kalau anak penat, kita berhenti rehat. Carikan apa di sekeliling untuk dia suka. Gunakan alam sekitar untuk kagumkan dia.

10. Bawa baju extra

Baju ni hanya sebagai persediaan. Simpan dalam kereta jika kebetulan hari tersebut hujan atau pun anak-anak kekotoran akibat lumpur dan tanah.

Sekarang, bolehlah bawa anak-anak mula mendaki bukit-bukit terlebih dahulu. Bila sudah biasa, boleh cuba bawa mereka mendaki gunung pula. Nanti kami senaraikan lokasi-lokasi yang sesuai bawa anak-anak beriadah ya.. Selamat beriadah!!!

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles