fbpx

Wanita kudung tangan dan kaki akibat Covid-19 kerana tidak vaksin.

Seorang wanita di Amerika Syarikat terpaksa menerima hakikat hidup tanpa tangan dan kaki selepas angota badannya itu dipotong akibat daripada pembekuan darah ekoran Covid-19.

Candice Davis, 30, dikejarkan ke hospital di selatan Philadelphia dalam masa beberapa hari selepas dijangkiti virus itu pada 17 Ogos dan terpaksa menggunakan ventilator selama tiga minggu walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom sebelumnya.

Dia mengalami komplikasi jantung dan pembekuan darah, dan doktor memindahkannya ke mesin ECMO yang mengepam oksigen terus ke dalam darahnya.

Abang Candice yang telah menerima vaksinasi turut dijangkiti Coronavorus namun tidak mempunyai komplikasi serius.

Walaupun Candice akhirnya sedar, kekurangan peredaran darah pada lengan dan kakinya bermakna nyawanya masih dalam bahaya.

Ibunya, Paige memberitahu bahawa dia terpaksa membenarkan doktor memotong kedua-dua tangannya dari bawah siku, kaki dari bawah lutut dan sebahagian daripada sebelah kaki.

Paige yang berasal dari Colorado Springs, berkata, ‘Ia menyakitkan. Ia menakutkan. Saya bekerja di hospital, dan melihat anak saya terpaksa melalui ini, saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Apa yang kami lakukan hanyalah mula berdoa.

‘Candice lebih tabah daripada kami semua. Ada hari-hari dia menangis dan ada harinya dia baik sahaja. Dia lebih kuat dari kami,” katanya.

Kini, keluarga itu sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai kepentingan mendapatkan vaksin.

Candice mempunyai perancangan untuk mendapatkan vaksin tetapi tidak pernah mendaftar dan mengambilnya.

“Dia terluka kerana terpaksa melalui pengalaman ini. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak  mengambil vaksin.

‘Dia memang mahu vaksin tetapi tidak melakukan sehinggalah perkara ini berlaku. Dia benar-benar kecewa,” kata Paige.

Candice menasihatkan kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk segera mendapatkan vaksin sebelum menyesal di kemudian hari.

“Dapatkan vaksin – anda tidak mahu kehilangan tangan atau kaki. Apa yang penting adalah nyawa anda semua,”

Kehilangan anggota badan akibat coronavirus yang sangat jarang berlaku. Kebanyakan kes sedia ada melibatkan warga emas yang sudah menghidap diabetes atau penyakit arteri peripheral.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles