13 DIS: Penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sejak semalam.
Isterinya Datin Marlia Musa berkata, suaminya membuat ujian kendiri semalam dan keputusannya adalah positif.
Justeru, beliau telah menjalani kuarantin kendiri.
“Beliau buat ujian kendiri semalam. Bila keputusan positif, kami ambil buat ujian PCR dan keputusan hari ini juga positif.
“Setakat ini beliau tidak apa-apa gejala dan hanya jalani kuarantin kendiri,” kata Marlia dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, keputusan ujian kendiri Marlia dan anaknya Suci Musalmah adalah negatif.