MELAKA Bandaraya Bersejarah pasti menjadi tumpuan setiap kali tiba musim persekolahan. Antara tumpuan ramai ialah Pantai Tanjung Bidara.
Walaupun telah banyak kali berkunjung ke lokasi perkelahan terkenal ini, pantai yang landai dan memutih kerap menggamit kenangan untuk kembali ke sana.
Terletak 10 kilometer (km) dari bandar Masjid Tanah dan 2km dari Kem Terendak, pantai ini turut menjadi pilihan ramai untuk menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan laut nan indah.
Tidak ketinggalan menikmati keunikan kampung-kampung nelayan yang mendamaikan dan mengasyikkan.
Dari segi keselamatan, pantai ini dilengkapi Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu orang ramai jika berlaku kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara.
Kemudahan lain yang disediakan termasuklah gerai-gerai makanan dan minuman, tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi.
Bagaimanapun, asyiknya kita menikmat keindahan Pantai Tanjung Bidara, jangan lupa kita masih belum bebas daripada pandemik COVID-19.
Justeru, jaga diri dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga jarak antara satu sama lain dan memakai pelitup muka terutamanya ketika berada di tempat sesak.
Selain itu, jagalah kebersihan kerana keindahan pantai dan laut tidak akan kekal jika tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
Info:
- Alamat: Pantai Tanjung Bidara, Terendak, 78300 Masjid Tanah, Malaka
- Kemudahan: Tempat letak kereta, surau, gerai-gerai, medan selera, tandas, bilik mandi dan taman permainan kanak-kanak