fbpx

Aidil Zafuan, Shahrul terlepas aksi menentang Indonesia

LEPAS satu, satu lagi perkhabaran duka menerjah skuad Harimau Malaya.

Kali ini, pemain pertahanan tengah dan kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak serta Shahrul Saad pula menambah derita skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.

SHAHRUL terlepas perlawanan menentang Indonesia kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

Kedua-dua pemain yang mengalami kecederaan hamstring ketika tewas 0-3 kepada Vietnam pada Ahad lalu disahkan tidak dapat beraksi pada perlawanan ‘hidup mati’ menentang Indonesia pada 19 Disember ini.

Situasi itu sudah pasti memeningkan kepala Cheng Hoe untuk menurunkan skuad terbaik dalam misi melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Ketika ini, Harimau Malaya menghuni tangga ketiga Kumpulan B selepas berkongsi enam mata dengan Indonesia dan Vietnam tetapi bermain lebih satu perlawanan.

Indonesia dan Vietnam akan beraksi sesama sendiri petang esok.

Sebelum ini, Cheng Hoe menghadapi krisis kekurangan pemain selepas empat pemain disahkan positif Covid-19 manakala tiga yang lain ditimpa kecederaan.

Cheng Hoe turut dikecam hebat kerana hanya membawa 24 pemain ke Singapura berbanding 30 pemain yang dibenarkan oleh pihak Persekutuan Bola Sepak Asia (AFF).

Ketika berita tentang kehadiran pemain kacukan yang berpangkalan di Eropah, Dian Cools sedikit menggembirakan kem Malaysia, Cheng Hoe kehilangan pula dua tonggak utama di posisi pertahanan iaitu Aidil Zafuan dah Shahrul.

Selain itu, Junior Eldstal masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan otot di bahagian abdomen.

Malaysia perlu menebus kekalahan kepada Vietnam dengan menewaskan Indonesia, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir.

Ketiadaan Aidil Zafuan dan Shahrul bakal memberi peluang kepada Cools untuk bergandingan bersama bersama Dominic Tan.

Di posisi tengah pula, Cheng Hoe mempunyai pilihan untuk menurunkan Baddrol Bakhtiar, Kogileswaran Raj atau Junior Eldstal yang masih dalam proses pemulihan kecederaan otot di bahagian abdomen.

Bagaimanapun, Cheng Hoe menariksedikit  nafas lega selepas tiga pemain yang diuji positif Covid-19 sebelum ini iaitu penjaga gol, Khairulazhan Khalid; pemain sayap, Faisal Halim dan pertahanan kanan, Quentin Cheng kembali menyertai sesi latihan pasukan.

Khairulazhan akan bersaing hebat dengan Khairul Fahmi Che Mat yang melepaskan tig gol ketika tewas kepada Vietnam.

Di posisi serangan pula, Cheng Hoe mempunyai pilihan antara Luqman Hakim dan Guilherme de Paula sambil dibantu Safawi Rashid.

Cheng Hoe perlu lebih bijak untuk menyenaraikan kesebelasan utama kerana Indonesia juga mempunyai kemampuan untuk menewaskan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles