fbpx

Malaysia, AS perlu bersedia hadapi wabak baharu

15 DIS: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) melihat bekerjasama dalam bentuk kajian dan pembangunan (R&D) bagi penghasilan vaksin baharu COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini memberi pengajaran bahawa setiap negara perlu lebih bersedia menghadapi sebarang wabak berikutan tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Saya sudah memaklumkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, bahawa dalam konteks negara ini, Pharmaniaga sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menjadi tumpuan untuk kerjasama perniagaan dengan perniagaan (B2B) dan kajian.

“Sudah tentu aspek kajian berada di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), tetapi bagi B2B, Pharmaniaga akan menjadi penerajunya,” katanya pada sidang media bersama Blinken, di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Blinken berkata, dalam perbincangan hari ini ada dua aspek yang boleh diambil iaitu apa yang boleh dilaksanakan bersama antara kedua-dua negara dalam menangani cabaran pandemik dihadapi ketika ini dan yang kedua, membabitkan kerjasama berdepan penularan wabak lain di masa depan.

Beliau berkata, malangnya, akan ada lagi penularan wabak seumpama COVID-19 ini di masa depan yang semua pihak perlu mengambil peluang ketika ini untuk memperkukuhkan keselamatan kesihatan sedunia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles