fbpx

Penampilan terbaharu bekas MB Selangor undang rasa terkejut

15 DIS : Penampilan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam keadaan badan yang susut ketika menyambut ulang tahun ke-75 semalam mengundang rasa terkejut follower Facebooknya.

Menerusi ruangan komen entri Facebook rasmi beliau, ramai pengikutnya mengucapkan selamat hari lahir namun ada yang melahirkan rasa terkejut melihat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

“Alhamdulillah..susut tubuh nya..Moga sejahtera sentiasa,” kata Sarinah Salleh.

“Selamat hari lahir Tan Sri. Jenuh tenung sebab Tan Sri dah kurus. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat Tan Sri,” kata Husni Harmin.

“Allahu..kurusnya Tan Sri. Selamat hari lahir.semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan,” kata Yatt Mj.

Abdul Khalid yang berkhidmat sebagai Menteri Besar di Selangor pada tahun 2008 sehingga 2014 pada ruangan kapsyen Facebooknya melahirkan rasa syukur diberi kesempatan menyambut hari lahir bersama isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut dan anak-anak.

“Syukur Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan menyambut hari lahir di rumah semalam bersama Salbiah, Iqbal, Aida serta Arif.

“Terima kasih di atas ucapan selamat dari semua teman melalui Whatsapp dan media sosial. Mohon maaf kerana tidak dapat menjawab setiap satu.

“Maka di sini saya mengambil kesempatan untuk turut berdoa agar kita semua di dalam rahmat Allah SWT serta diberikan umur yang panjang dan bermanfaat dengan kesihatan yang baik,” katanya.

Pada ruangan komen, pengikutnya turut membanjiri dengan ucapan tahniah selain mendoakan kesejahteraan Abdul Khalid sekeluarga.

“Masya Allah, Sannah helwa Tan Sri. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan pada Tan Sri. Tan Sri adalah Pengerusi PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan MB Selangor yang terbaik,” kata Abd. Karim Sufian.

“Selamat hari lahir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, the best Selangor Menteri Besar. Semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga selalu, amin,” kata Nik Muhd ‘Aizat.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles