fbpx

Pemenang bidaan harta Nur Sajat pembantu peribadi usahawan kosmetik

15 DIS: Pemenang yang menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat, disahkan sebagai pembantu peribadi seorang lagi usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri.

Peguam, Nurul Hafidzah Hassan, berkata perkara itu sudah disahkan sendiri oleh usahawan berkenaan.

“Namanya (pemenang bidaan) Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol. (Asalnya) Saya tidak tahu dia siapa tapi dalam Facebook ada beritahu (maklumat pembida ada kaitan dengan usahawan kosmetik).

“Malah usahawan itu sendiri cakap yang lelaki itu adalah pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Nurul Hafidzah berkata, tindakan pembida terbabit mempermainkan proses lelongan adalah sama seperti menghina dan mempermainkan arahan mahkamah.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap pembida itu.

“Kami belum putuskan nak buat apa. Baru nak berbincang dan fikirkan apa tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, Mohammad Syazwan memenangi bidaan barangan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada keseluruhan lapan pembida yang mengambil bahagian dalam proses lelongan awam berkenaan.

Antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 dan termurah adalah set pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.

Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan menghilangkan diri apabila tidak dapat dihubungi oleh pihak peguam selepas keluar dengan memberikan alasan untuk menguruskan bank draf.

Justeru, proses lelongan itu dikira terbatal berikutan kegagalan lelaki itu membuat bayaran selepas jam 4.10 petang.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles