fbpx

Jana pendapatan RM213,000 seminggu jual kentut dalam balang!!

16 Dis – Seorang wanita Stephanie Matto, yang membintangi rancangan 90 Day Fiance memperoleh hampir AS$50,000 (RM213,016) seminggu dengan hanya menjual kentutnya di dalam balang.

Stephanie, 31, memberitahu dia tidak menyangka kentut yang dimasukkan ke dalam balang itu mendapat permintaan ramai. Kentut tersebut dimasukkan ke dalam balang kecil yang comel bersama beberapa kelopak bunga ros dan juga nota peribadi.

“Saya tidak menjangka ini menjadi. Saya mempunyai platform media sosial Unfiltrd. Saya tahu ramai yang cuba menjual benda-benda pelik lain seperti air mandian, ludah yang diletakkan di dalam balang. Tapi tidak ada yang menjual kentut. Jadi saya mulakannya. Saya memonopoli pasaran kentut di sana,” katanya sambil ketawa.

Beliau menyasarkan 260,000 pengikutnya akan membeli kentut tersebut pada harga AS$1,000 (RM4,237) sebalang, dan membuat promosi 50 peratus baru-baru ini. Sehingga kini Stephanie telah berjaya memperoleh pendapatan hampir AS$100,000 (RM423,700).

Stephanie tidak merasakan jumlah tersebut terlalu mahal ekoran usaha dan tenaga yang diletakkan pada projek tersebut. Dia tidak mahu meletakkan harga yang murah kerana ramai yang sanggup membayar lebih.

Wanita tersebut merasakan dia telah memberi inspirasi kepada ramai orang untuk berfikiran di luar kotak dalam memperoleh pendapatan melalui cara yang berbeza.

Stephanie melancarkan laman Unfiltrd pada bulan Ogos yang lalu. Selepas dua bulan, dia mendapat pelbagai permintaan pelik daripada pengikut lelaki yang memintanya kentut di dalam balang dan merakamnya dengan beberapa permintaan terperinci lain.

“Saya tidak berminat untuk melakukan perkara-perkara yang memalukan seperti itu dan berunsur seksual. Bagaimanapun, setelah menerima terlalu banyak permintaan, saya berfikir bagaimana jika saya benar-benar lakukannya dan menjual kentut tersebut.

“Saya terkejut pada minggu pertama saya memulakan jualan kesemua stok saya hampir habis,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles