fbpx

Suntik dos penggalak selewatnya Februari

16 DIS: Individu berusia 18 tahun ke atas yang menerima dos lengkap vaksin COVID-19, Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak pada Februari ini statusnya di MySejahtera akan bertukar menjadi tidak lengkap.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu selewatnya Februari ini.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

KHAIRY

“Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Khairy berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.

Sementara itu, beliau memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan tempoh masa beberapa minggu lagi sebelum mengeluarkan nasihat berhubung kebenaran merapatkan saf bagi jemaah di masjid.

Jelasnya, tempoh masa itu diperlukan untuk memantau kesan gelombang Omicron sebelum mengeluarkan nasihat berhubung isu saf di masjid dan disembah bagi perkenan Raja-Raja Melayu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles