fbpx

Tentukan hala tuju industri vape

16 Dis – Keseluruhan ekosistem vape termasuk pengeluar, peruncit sehingga pengguna akhir harus mengambil bahagian dalam menentukan hala tuju industri untuk menjadi satu cabang ekonomi yang berdaya saing.

Ketua Penerangan Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ashraf Rozali berkata, pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan vape sudah lama memperjuangkan pembangunan industri menerusi advokasi berkaitan cukai dan juga undang-undang kawal selia yang berbeza daripada rokok tembakau.

“Sudah tiba masanya untuk ahli-ahli industri yang lain termasuk pengilang dan pengguna menzahirkan sokongan mereka untuk turut serta dalam usaha-usaha kami memperjuangkan isu terutamanya yang berkaitan cukai dan juga undang-undang.”

“Kita tahu isu berkaitan vape ini tidak ramai yang berani menyuarakan atau menyokongnya namun kita harus tahu industri ini menempatkan ribuan pengusaha Bumiputera dan menjana pendapat berjuta ringgit setahun. Sudah tiba masanya kita tampil ke hadapan dan tidak bersembunyi di sebalik tabir.”

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan cukai produk vape dinaikkan sebanyak 200% dan bakal dilaksanakan pada harga RM1.20 bagi setiap mililiter (ml) cecair vape bernikotin dan juga tanpa nikotin.

Rata-rata pemain industri terutamanya pengilang merasakan jumlah tersebut adalah terlalu tinggi dan akan memberi kesan kepada industri yang sekali gus menyebabkan harga produk ini akan meningkat di pasaran.

“Pengilang tidak ada pilihan melainkan menaik harga produk jualan kerana setiap kadar cukai yang dikenakan adalah hampir sama dengan harga jualan produk. Sebagai contoh, setiap botol 30ml cecair akan dikenakan cukai sebanyak RM36. Dengan kadar ini, anggaran harga jualan cecair vape akan mencecah dua kali ganda harga semasa bagi setiap botol 30ml.

“Oleh itu, harga cukai baru ini tidak hanya menjejaskan satu pihak tetapi akan memberi kesan kepada keseluruhan ekosistem termasuk bebanan kepada pengguna,” katanya.

Pada masa yang sama, Kerajaan juga telah mengumumkan baru-baru ini bahawa satu Akta mengawal selia rokok tembakau dan vape bersama akan dibentang tahun hadapan. Walaupun industri menyokong langkah mengawal selia industri vape, ia harus dibezakan daripada rokok tembakau.

“Produk vape bukannya rokok tembakau dan ia tidak patut disamakan. Peraturan untuk produk vape tidak boleh sama dengan rokok tembakau. Sekiranya ia dibuat sama, ia hanya akan terus menguntungkan syarikat tembakau dan tidak memberikan insentif untuk perokok beralih menggunakan vape.”

“Produk vape haruslah diiktiraf sebagai satu alat yang boleh membantu perokok berhenti merokok dan peraturan yang dibuat harus mempunyai komponen yang boleh mendorong perokok beralih dan menggunakan vape yang juga terbukti kurang mudarat daripada rokok tembakau,” tegas Ashraf.

Oleh yang demikian, Ashraf mengajak orang ramai untuk memberi sokongan kepada industri ini dan menandatangani petisyen supaya kerajaan mengkaji semula kada cukai tersebut agar ia mengambil kira kepentingan industri tempatan dan membuat peraturan kawal selia khusus untuk vape yang berbeza dan berlainan daripada rokok tembakau.

Petisyen boleh ditandatangani di laman web www.mvia.com.my

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles