fbpx

Kes kedua Omicron dikesan di Malaysia

16 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Lagos, Nigeria sebagai kes COVID-19 varian Omicron kedua di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu.

Beliau berkata, pesakit disahkan positif COVID-19 dua hari selepas itu namun disahkan varian Omicron pada 14 Disember lalu, selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melakukan jujukan penuh genom.

“Pesakit tidak mempunyai gejala dan sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Ini menjadikan kes kumulatif kes yang dikesan Omicron adalah sebanyak dua kes di mana kedua-duanya membabitkan jangkitan import dari luar negara,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Khairy berkata, kementeriannya turut memaklumkan sebanyak 18 kes kemungkinan varian Omicron dikesan di negara ini dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara.

Beliau berkata, 18 kes kemungkinan varian Omicron itu dikesan hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan IMR membabitkan 52 sampel.

Namun, katanya, keputusan pengesahan berhubung varian itu akan diperoleh melalui jujukan genom penuh (WGS) esok.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles