fbpx

Yew Sin-Ee Yi ke separuh akhir, Zii Jia tarik diri

TEWAS 12-21 pada set pertama tidak sesekali mematahkan semangat beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk menempah slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol malam tadi .

Yew Sin-Ee Yi yang turun sebagai beregu pilihan kesembilan bangkit pada set kedua untuk mencatat kemenangan 21-17 sebelum membuktikan kehebatan mereka dengan memenangi set penentuan 21-15 ke atas juara Olimpik, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.

Kejutan yang dilakukan ke atas beregu pilihan ketiga itu sedikit sebanyak menebus kekalahan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-18, 17-21, 21-18 pada pusingan ketiga kelmarin.

Yew Sin-Ee Yi muncul sebagai pasangan pertama Malaysia yang mara ke separuh akhir kejohanan dunia dalam acara beregu lelaki sejak Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mara ke final 2010.

Pasangan negara akan bertemu beregu pilihan kelima, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi dari Jepun.

Matsui-Takeuchi mara ke separuh akhir selepas menang 24-22, 25-23 ke atas pasangan Perancis, Fabien Delrue-William Villeger.

Dalam pada itu, impian pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk melakar sejarah berkecai.

Pemain ranking ketujuh dunia dan pilihan keenam kejohanan dunia itu terpaksa menarik diri pada set ketiga kerana mengalami kecederaan.

Zii Jia tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain piihan ketiga dari Denmark, Anders Antonsen 21-12 sebelum tewas 8-21 pada set penentuan.

Bagaimanapun, juara Seluruh England 2010 itu terpaksa menarik diri ketika kedudukan 1-11 pada set ketiga.

Antonsen akan bertemu pemenang antara pemain India, H.S Prannoy dan Loh Kean Yew dari Singapura.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir perseorangan lelaki, dua pemain, Lakshya Sen dan Kidambi Srikanth bertemu sesame sendiri.

Sementara itu, perjalanan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terhenti di suku akhir selepas tewas 15-21, 13-21 kepada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles