fbpx

Pemandu treler terbabit kemalangan 10 maut direman

18 DIS: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan 10 maut di Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite, tengah malam tadi, direman empat hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan reman sehingga Selasa depan.

“Hasil ujian alkohol dan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif.

“Siasatan awal mendapati kejadian membabitkan treler dan tiga kenderaan berlaku pada jam 12.09 tengah malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan disebabkan salah satu daripadanya mengalami kerosakan.

“Dua kereta lain ketika itu berhenti untuk memberi bantuan,” katanya.

Jelasnya, kemalangan itu mengakibatkan 10 mangsa berusia 10 bulan hingga 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya, Asisten Superintendan Lim Chin Huat di talian 012-2018080.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles