fbpx

17 juta binatang mati akibat kebakaran hutan di Brazil

18 DIS: Sekurang-kurangnya 17 juta haiwan termasuk reptilia, burung dan primat mati dalam kebakaran hutan yang besar di Brazil.

Agensi berita BBC melaporkan, kebakaran yang berlarutan sejak 2020 itu memusnahkan sebahagian besar tanah paya Pantanal dan turut melenyapkan jutaan spesies serangga dan hidupan liar lain.

Pantanal adalah kawasan paya tropika terbesar dunia dan terletak di negeri Mato Grosso, Brazil dan merangkumi wilayah di Bolivia serta Paraguay seluas hampir 195,000 kilometer persegi.

Ketua saintis Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) cawangan Brazil, Dr Mariana Napolitano Ferreira, berkata kajian berhubung kerugian yang berlaku itu disiarkan dalam jurnal Scientific Reports.

“Pada tahun lalu, terdapat 22,000 kes kebakaran hutan yang berasingan di Pantanal dan ada yang berterusan hingga tahun ini, malah masih ada beberapa kebakaran dikesan masih berlaku,” katanya.

Menurutnya, kajian berkenaan mengetengahkan betapa pentingnya untuk menghindari bencana seumpamanya pada masa hadapan kerana kemusnahan yang berlaku tidak mungkin dapat diganti.

Saintis berupaya sampai ke tanah paya itu dalam tempoh 48 jam selepas setiap kebakaran dapat dipadamkan dan mereka melalui beberapa laluan berbeza bagi memeriksa setiap haiwan yang ditemui mati.

Pasukan saintis itu mengenal pasti 300 spesies bangkai haiwan sebelum melakukan tinjauan dan membuat anggaran bilangan haiwan yang mati secara keseluruhan. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles