fbpx

Bank Muamalat hulur bantuan mangsa banjir

20 DIS: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) meminta pelanggan terjejas akibat banjir berhubung dengan bank sekiranya menghadapi kesulitan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata pelanggan yang terjejas juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran bagi penggantian Kad Debit Bank Muamalat mereka bagi meringankan beban yang dihadapi pada ketika ini.

“Kami mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan individu dan perniagaannya di kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara, susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

“Bank Muamalat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggannya yang terkesan berikutan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan menjejaskan operasi perniagaan.

“Justeru, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi Bank Muamalat untuk berbincang mengenai sebarang masalah berhubung urusan bayaran pembiayaan mereka sekiranya menghadapi kesulitan kewangan berikutan banjir yang melanda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.muamalat.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2600 5500.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles