fbpx

Akibat harga bateri kereta Tesla yang mahal ini yang dilakukan oleh lelaki ini

HELSINKI – Seorang pemilik sebuah kereta Tesla telah meletupkan kenderaan elektriknya itu bersama dengan patung bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk di selatan Finland baru-baru ini.

Dia berbuat demikian semata-mata untuk memprotes harga bateri baharu kenderaan tersebut yang terlalu mahal.

Musk iaitu salah seorang pengasas syarikat Tesla.

Dalam kejadian itu, Tuomas Katainen meletupkan kereta tersebut dengan menggunakan beberapa batang dinamit yang kesemuanya seberat lebih 29 kilogram (kg) setelah bateri kenderaannya gagal berfungsi.

Dia kemudian diberitahu bahawa kos bagi menggantikan bateri baharu itu ialah lebih 19,000 euro (RM90,282).

Daripada mengumpulkan wang tunai, Katainen yang berusia 26 tahun itu mengambil keputusan untuk meletupkan keretanya tersebut.

Namun, harga Tesla Model S bermula pada harga AS$57,400 (RM240,104) kemudian meningkat kepada AS$59,900 (RM250,561) apabila kereta itu mula-mula keluar.

Malah, model terpakai standard pada masa ini berharga sekitar AS$30,000 (RM125,490) iaitu harga yang paling rendah. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles