fbpx

Banduan larikan diri 5 jam ditahan semula

29 DIS: Seorang banduan hanya sempat melarikan diri kira-kira lima jam sebelum dicekup polis di sebuah stesen minyak di Nilai semalam.

Ketua Polis daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Abd Rahman berkata, lelaki berusia 29 tahun itu melarikan diri dari salah sebuah Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) di Nilai.

Menurutnya, banduan itu telah dijatuhi hukuman penjara pada tahun 2019 selama lima tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Dia kemudiannya ditempatkan PRP tersebut bagi tujuan pemulihan setelah menjalani hukuman penjara selama dua tahun di Penjara Kajang, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fazley berkata, polis menerima laporan berhubung banduan tersebut melarikan diri dari PRP berkenaan pada jam 12.54 tengah hari semalam.

“Susulan itu, polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Nilai telah melancarkan satu operasi dengan bantuan Unit Anjing Pengesan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk mengesannya di sekitar kawasan berhampiran.

“Pada jam 5.15 petang iaitu lima jam selepas makluman awal diterima, pihak polis berjaya menahan banduan itu di sebuah stesen minyak yang terletak empat kilometer dari PRP tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles