fbpx

JKNP tubuh 42 pasukan kesihatan mental bantu mangsa banjir

29 DIS : Bagi menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan mangsa banjir, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah menubuhkan 42 pasukan kesihatan mental dan sokongan psikologi bagi membantu golongan terbabit.

Menurut Pengarahnya, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus, pasukan tersebut yang melibatkan sejumlah doktor, kaunselor dan jururawat akan menemui mangsa banjir khusunya yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mendapatkan maklumat selain membuat intervensi.

Jelas beliau, dalam situasi menghadapi satu-satu bencana termasuk banjir, fokus tidak boleh hanya diberikan kepada menghulurkan bantuan bagi memulihkan kerosakan fizikal semata-mata, tetapi perlu melibatkan bantuan bagi memulihkan emosi mangsa dan perlu diberi penekanan yang sama rata.

“Ada kemungkinan dalam kalangan mangsa banjir mengalami gangguan emosi apabila melihat kerosakan rumah yang sangat teruk apalagi sekiranya mereka kehilangan orang tersayang akibat banjir.

“Oleh itu, bantuan asas psikologi sangat penting untuk membantu mangsa berhadapan dengan krisis kehidupan akibat bencana itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, sehingga kini pasukan itu telah melawat 238 daripada 320 PPS dan menemui seramai 12,488 mangsa banjir.

Manakala, sebanyak 21,549 intervensi telah dilakukan melibatkan tiga aktiviti utama iaitu relaksasi, ekpresi seni dan psikopendidikan.

Tambah beliau, pasukan tersebut telah melakukan lawatan ke setiap PPS bagi menemui mangsa yang terjejas dengan bencana banjir dan mendapati tiada mangsa banjir yang mengalami gangguan emosi yang serius.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles