fbpx

5 negeri waspada risiko banjir

30 DIS: Paras sungai lima negeri iaitu Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu dan Sarawak meningkat dengan risiko berlaku banjir, terutama tiga daerah di Terengganu.

Berdasarkan maklumat terkini portal Public Info Banjir, enam sungai di Terengganu mencatatkan peningkatan paras kepada tahap amaran dan bahaya.

Tiga yang mencatatkan paras bahaya ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dengan bacaan 35.14 meter, Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu merekodkan 19.73m dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun (38.36m).

Sementara itu, Sungai Nerus di Kampung Langkap berada di paras amaran dengan bacaan 20.33m, dengan dua lagi sungai di tahap waspada iaitu Sungai Besut di Kampung La dengan bacaan paras air 20.47m, manakala Sungai Setiu di Kampung Besut, merekodkan bacaan 16.54m.

Di Kelantan, dua paras air sungai mencatatkan tahap waspada iaitu di Sungai Kelantan di Kuala Krai dengan bacaan 20.51m, dan Sungai Lanas di Air Lanas (29.00m).

Sungai Golok di Kampung Jenob pula berada di tahap amaran iaitu 23.23m, dengan 18 stesen lain masih berada di paras normal.

Di Pahang, empat sungai mencatatkan peringkat waspada iaitu di Sungai Dong, Kampung Peruas dengan bacaan 133.83m, Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi (51.89m) , Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang (19.71m) dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau (20.27m).

Selain itu, di Sarawak, paras sungai mencapai tahap waspada iaitu Long Teru di Miri dengan bacaan 6.31m, Punan Bah B, Belaga (9.26m) dan Nanga Merit, Kapit (21.82m).

Di Johor, aras air sungai Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak, mencatatkan peningkatan tahap waspada iaitu 2.60m.

Dalam pada itu, paras air kesemua sungai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, masih berada di tahap normal.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles